Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENDAFTARAN PENGGANTIAN METER ELEKTRIK, AIR KEPADA METER PINTAR(USMS) ​
PENDAFTARAN PENGGANTIAN METER ELEKTRIK, AIR KEPADA METER PINTAR(USMS)

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan DST Network (DSTN) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai Program Penggantian Mandatori Kepada Sistem Meter Pintar Unified Smart Metering System (USMS) yang sedang giat dijalankan oleh pihak DST Network Sdn. Bhd.

Penggantian mandatori kepada Sistem Meter USMS ini adalah sebagai langkah mitigasi untuk memastikan perkhidmatan bekalan elektrik dan air tidak terjejas semasa TD Rollover yang akan berlaku pada 24 November 2024.

Sehubungan itu, pendaftaran untuk penukaran meter elektrik dan air kepada sistem USMS boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari pautan bit.ly/usmsbn atau menghubungi 7396051/2/3.

Orang ramai adalah diseru untuk membuat pendaftaran dengan segera bagi penggantian meter kepada USMS agar perkhidmatan bekalan elektrik dan air tidak terjejas semasa TID Rollover.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.usms.com.bn​, emel contact.usms@datastream.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

Sumber: Siaran Akhbar Bersama Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, dan DST Network Sdn. Bhd.​

Attachments